Live Band Performance

Seni Berjiwa, Tradisi Terpelihara

Budaya Dijulang,
Irama Berjiwa.

Gabungan harmoni muzik tradisional Melayu, aliran jazz, dan kontemporari yang menyentuh perasaan untuk majlis eksklusif anda.

Terokai Pakej Kami
Persembahan Melody Corporate Music
Mengenai Kami

Latar Belakang

Melody Corporate Music ditubuhkan pada tahun 2025 sebagai sebuah entiti muzik profesional yang berteraskan pemeliharaan dan pemartabatan muzik tradisional Melayu.

Diterajui oleh Nurul Ainin Farhana binti Mohamed @ Hanafi, seorang profesional dalam bidang Setiausaha Syarikat yang berjiwa seni, beliau dengan penuh tekad memperjuangkan nilai-nilai budaya bangsa melalui alunan nyanyian Melayu klasik dan irama Melayu lama yang sarat dengan kesantunan.

Melody Corporate Music menerima undangan untuk membuat persembahan solo mahupun berkumpulan, menggabungkan alat muzik seperti Oud Melayu, Rebana Melayu, akordion, gitar dan gitar bass. Persembahan yang dihasilkan adalah harmoni yang menyentuh perasaan, menonjolkan keaslian serta keunikan yang tidak dapat ditandingi.

Sebagai entiti yang komited terhadap seni budaya, kami bertekad untuk memperkenalkan muzik tradisional Malaysia ke persada antarabangsa, menjadikan muzik Melayu setanding dengan muzik dunia tanpa mengabaikan jati diri.

Pelaburan Seni

Pakej Persembahan

Set Irama Sakti

1 Orang

1 Vokal + Muzik iringan latar (minus one)
(12-16 lagu sahaja)

Set Seri Warisan

3 Orang

1 Vokal | Cajon | Gitar/Keyboard
(12-16 lagu sahaja)

Set Gema Nusantara

4 Orang

1 Vokal | Cajon | Gitar/Keyboard | Saksofon
(12-16 lagu sahaja)

Set Lagenda Irama

5 Orang

1 Vokal | Cajon | Gitar/Keyboard | Bass | Saksofon
(12-16 lagu sahaja)

Set Irama Perwira

7 Orang (Premium)

2 Vokal | Cajon | Gitar | Keyboard | Bass | Saksofon
(12-16 lagu sahaja)

Maklumat Tambahan

Yuran Tempahan Deposit diperlukan semasa pengesahan tempahan
Caj Lagu Tambahan Caj tambahan akan dikenakan untuk setiap lagu lebihan
Caj Pengangkutan Dikenakan untuk lokasi di luar Lembah Klang (mengikut jarak)
Repertoire

Senarai Lagu Perkahwinan

  • Sireh Pinang, Tari Tualang Tiga, Tari Silat Melayu (Medley) Siti Nurhaliza
  • Umpan Jinak Di Air Tenang Dayang Nurfaizah
  • Zapin Melayu Lesti Kejora
  • Wajahmu Di Mana-Mana Azlina Aziz
  • Ambo Rasa Bekene Megat Nordin
  • Cinta Sejati Bunga Citra Lestari
  • Bukan Cinta Biasa Siti Nurhaliza
  • Cindai, Mahligai Permata, Ya Maulai (Medley) Siti Nurhaliza
  • Ayah Dan Ibu Sudirman
  • Joget Senyum Memikat Siti Nurhaliza
  • Muhasabah Cinta Anisa Rahman
  • Cinta Luar Biasa Andmesh
  • Cahaya Cinta Siti Nurhaliza
  • Selamat Pengantin Baru Saloma
  • Bunga Rampai Zaleha Hamid
  • Tak Mungkin Berpaling, Bourgenvilla, Tiara, Hakikat Sebuah Cinta (Medley) Siti Nurhaliza
  • Kain Songket Saloma
  • Pesta Muda Mudi, Hati Muda Saloma
  • Gurindam Jiwa Dayang Nurfaizah
  • Fly Me To The Moon Bart Howard
  • My All Mariah Carey
  • Bisikan Hati Siti Nurhaliza
  • Where Do I Begin Andy William
Tempahan & Pertanyaan

Hubungi Kami

Azreen Osman

Manager (Ainin Melody)

26-1F, Seria 88 Business Centre,
Jalan Setia Perdana, BF U13/BF, Bandar Setia Alam,
Seksyen U13, 40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.